Kebolehan dan kemahiran asas Sabran Asmawi

Kebolehan serta mahir memasak di dapur adalah satu lagi kelebihan kurniaan Allah Ta'ala kepada Allahyarham TG. Ia telah menjadi minat yang tidak pernah hilang sejak dari alam pengajian pondok hinggalah ke akhir hayat Allahyarham TG. Di samping berjaya mendidik ramai anak murid dalam bidang ilmu agama, tidak kurang juga ramainya dari kalangan anak murid yang mengikut jejak Allahyarham TG yang mahir di dapur untuk memasak. Terutamannya menu resepi “Nasi Merah”[7] Allahyarham TG yang menjadi menu makan tengahari atau makan malam yang paling popular dan kesukaan para jemaah di Surau al-Ansar setiap kali majlis jamuan atau kenduri kesyukuran dari dulu hinggalah ke hari ini.

Memandu sendiri jentera seperti traktor untuk membajak tanah, mengangkut buah kelapa sawit yang telah dipotong adalah di antara tugas biasa yang sering dilakukan oleh Allahyarham TG jika ada masa terluang.

Kemahiran lain seperti menembak dengan menggunakan laras senapang patah dengan tepat ke sasaran seperti tupai, haiwan pemangsa seperti biawak sering dilakukan Allahyarham TG ketika di usia muda. Ketika mana melihat kelibat binatang-binatang tersebut yang merosakkan tanaman atau cuba memakan haiwan peliharaan. Jika picu senapang di bidik tidak pernah gagal mengenai sasarannya.

Kebolehan dalam lukisan arca, pemandangan alam semulajadi, mahir dalam kerja tangan seperti membuat wau dan pelbagai bentuk replika[8]. Lukisan rekabentuk adalah juga antara kelebihan dan keistimewaan lain kurniaan Allah Ta'ala kepada Allahyarham TG. Namun segala kelebihan-kelebihan dan jiwa kesenian ini hanya di gunakan oleh Allahyarham TG untuk mengisi masa yang terluang dan tujuan untuk mendidik anak-anak dalam menghargai dan mensyukuri nikmat serta keagongan maha pencipta Allah Ta'ala tuhan semesta alam.

Dalam kalangan anak murid ramai yang mempunyai pengalaman dan peristiwa yang tersendiri yang kadangkala sukar untuk dimengertikan. Allahyarham TG mempunyai keistimewaan membaca gerak hati dan pemikiran muridnya. Sebagai contohnya bagi yang malu-malu mengemukakan pertanyaan, kebiasaannya Allahyarham TG akan menyentuhnya secara terperinci di dalam kuliah tanpa persoalan itu ditimbulkan oleh muridnya.

Ada juga yang berpengalaman bersama Allahyarham TG ketika berkenderaan pulang dari mengajar, tiba-tiba enjin menghadapi masalah kepanasan melampau atau overheating dan ia terpaksa diberhentikan kerana radiotor yang kekeringan air. Di tengah-tengah malam kelam begitu dan keadaan sungguh sunyi seolah-olah tiada berpenghuni, ditakdirkan Allah Ta'ala, tiba-tiba muncul seorang yang berbasikal sambil membawa air di dalam bekas. Pemuda yang tidak dikenali tersebut terus menasihati dan memberikan tunjuk ajar apa yang harus dilakukan dalam menyelesaikan masalah enjin yang panas. Dari kata-katanya itu, memang dia seorang yang mahir atau selayaknya bagi seorang mekanik kereta. Setelah itu orang itu pergi tanpa banyak berkata-kata lagi. Dengan mengikuti apa yang diajarkan oleh pemuda itu tadi, enjin kenderaan dapat berfungsi seperti biasa.

Walaupun ada kalanya menggunakan senapang berlaras dua untuk berburu, Allahyarham TG pada hakikatnya bersifat amat penyayang dan berminat kepada haiwan peliharaan. Antara haiwan peliharaan yang menjadi kesayangan adalah seperti kucing, burung merpati, burung puyuh dan ikan hiasan seperti emas dan ikan kelisa. Minat untuk memelihara binatang-binatang tersebut tidak pernah padam dari dalam jiwa Allahyarham TG dari usia muda hinggalah ke penghujung hayatnya. Pernah suatu masa Allahyarham TG menyediakan rekabentuk rumah tempat untuk burung merpati dan burung puyuh untuk di bina sama ada oleh tukang kayu atau beliau sendiri serta anak-anaknya. Pernah juga Allahyarham TG dilihat bermain-main dengan haiwan berbisa seperti ular senduk atau King Cobra yang seolah-olah faham dengan kasih sayang yang dizahirkan.

Rujukan

WikiPedia: Sabran Asmawi http://quran.al-islam.com/Targama/DispTargam.asp?n... http://www.mail-archive.com/harakahdaily@yahoogrou... http://www.ijn.com.my http://www.karyanet.com.my/knet/ebook/preview/p_Ma... http://www.pilihanraya.com.my http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2005&d... http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&d... http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&d... http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&d... http://mufti.penang.gov.my/ahlijawatankuasa.htm